'Tak ada sebab UMNO mahu MCA atau MIC disingkir daripada BN' - Puad
Iklan
Mohd Puad
SHAH ALAM -"Tidak ada sebab UMNO mahu MCA atau MIC disingkirkan daripada Barisan Nasional (BN)."
Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung pendedahan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai dakwaan cadangan 'orang luar' tertentu telah mencadangkan agar UMNO menyingkirkan MCA daripada BN.
Iklan
Iklan
Jelas Dr Mohd Puad adalah mustahil untuk parti akur dengan cadangan pihak luar malah UMNO lebih suka keanggotaan BN bertambah namun terhalang kerana peraturan BN menetapkan mesti ada persetujuan semua parti komponen.
"Jika kalau ada pihak luar khususnya DAP mahu UMNO singkir MCA atau MIC ia tidak akan berlaku. Mustahil UMNO boleh dicucuk hidung, DAP pun tidak akan berani.
Iklan
"Justeru, MCA jangan takut bayang-bayang sendiri. Semua parti ada turun naik macam UMNO,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.
Media pada Ahad melaporkan, Ka Siong menunggu keputusan UMNO berhubung dakwaan tersebut.
Iklan
Sementara itu, Dr Mohd Puad berkata, BN memiliki rakan yang setia dan mudah berunding dan ini terbukti menerusi Friends of BN.
"Sebab itu BN ada anggota berstatus Friends of BN seperti Makkal Sakti, Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Parti Punjabi Malaysia (PPM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).
"Terbukti Friends of BN adalah rakan yang setia dan mudah berunding,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>