Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada jam 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.4785/4970 berbanding dolar AS daripada 4.4550/4600 pada Jumaat lepas. Gambar hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import, kata penganalisis.
Iklan
Iklan
Pada jam 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.4785/4970 berbanding dolar AS daripada 4.4550/4600 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY mendapat momentum kepada 109.258 mata selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import kepada 25 peratus untuk import dari Kanada dan Mexico serta 10 peratus untuk import dari China.
Iklan
"Langkah ini akan berkuat kuasa pada Selasa. Ini menandakan bermulanya perang perdagangan apabila negara-negara yang terjejas mula melaksanakan tindakan balas mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Afzanizam berkata, ini akan membawa kepada langkah menghindari risiko berikutan ia mewujudkan ketidakpastian yang lebih besar mengenai impaknya terhadap inflasi AS dan tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Iklan
Katanya Fed berkemungkinan akan lebih berhati-hati kerana trajektori inflasi yang dijangka kekal tinggi.
Oleh itu, katanya ringgit mungkin stabil pada paras semasa tetapi risiko penurunan kekal ketara berikutan perang perdagangan.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dan mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.5878/6067 daripada 4.6247/6299 pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.5041/5268 daripada 5.5336/5398. Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8819/8942 daripada 2.8798/8832.
Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2726/2868 daripada 3.2854/2896 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1535/2187 daripada 13.2274/2498 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.6/275.9 daripada 273.2/273.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.63/7.64.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>