'Beza gaji lepasan SPM, ijazah tidak adil'
Iklan
Kerajaan wajar mempertimbang kenaikan gaji asas bagi lepasan graduan yang baharu mula bekerja disebabkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki. (Gambar kecil: Siti Nur Ain dan Ahmad Imran)
SHAH ALAM - Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 yang berkuat kuasa pada Sabtu lalu memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta.
Bagaimanapun, perkara itu turut menimbulkan kegusaran dan mengundang pelbagai reaksi apabila gaji permulaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baharu bekerja menghampiri gaji graduan institusi pengajian tinggi (IPT).