Kecanduan pada ketergesaan
Iklan
Kini, hanya dengan menyentuh skrin, kita boleh dapatkan makanan, hiburan, dan juga perhatian orang lain dalam sekelip mata. Foto hiasan/Foto123rf
TAK lama dulu, menunggu adalah sebahagian daripada kehidupan. Surat mengambil masa berhari-hari untuk tiba, gambar perlu dicetak sebelum dapat dilihat, dan menonton rancangan kegemaran memerlukan kesabaran hingga waktu siarannya tiba setiap minggu.
Kini, hanya dengan menyentuh skrin, kita boleh dapatkan makanan, hiburan, dan juga perhatian orang lain dalam sekelip mata. Kita sedang hidup dalam era kepuasan segera (instant gratification).