Kebangkitan far right di Eropah
Iklan
Kebangkitan far right dalam politik Eropah ini tidak dapat lagi dibendung.
MINGGU lalu, atau lebih tepat pada 27 Januari 2025, boleh dikatakan semua pemimpin Eropah baik bergelar raja, presiden atau perdana menteri berkumpul di Auschwitz, sebuah bandar yang terletak di selatan Poland.
Mereka ke sana untuk memperingati ulang tahun ke-80 pembebasan kem maut (death camp) Auschwitz yang menjadi tempat pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi sewaktu Parti Nazi pimpinan Adolf Hitler berkuasa di Jerman sekitar tahun 1933 hingga 1945.