'Bukan jaminan harga barang turun'
Iklan
Walaupun kadar sewa tapak bazar Ramadan ditawarkan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya kerana diuruskan DBKL, namun kos operasi ditanggung peniaga tetap tinggi. (Gambar kecil: Mohamad)
SHAH ALAM - Pengurusan sepenuhnya lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula tahun ini tidak menjamin penurunan harga barang yang dijual peniaga, kata Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP).
Yang Dipertua PPPKMWP, Datuk Mohamad Abdullah berkata, walaupun kadar sewa tapak bazar Ramadan ditawarkan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya kerana diuruskan DBKL, namun kos operasi ditanggung peniaga tetap tinggi.