Tiada lagi sewa tapak melampau
Iklan
Lorong TAR menjadi antara lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri yang menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh negara. Gambar kecil: Nadrah Nordin, Muhd Aiman Afiq, Lailatul Maryam, dan Che Bashah
KUALA LUMPUR - Harga makanan dan minuman di bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dijangka lebih murah tahun ini kerana sewa tapak lebih munasabah susulan pengurusan sepenuhnya lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Harga jualan makanan dan minuman dijangka turun antara 10 hingga 20 peratus kerana peniaga hanya perlu membayar sewa tapak RM500 berbanding lebih RM5,000 ketika diuruskan orang tengah sebelum ini.