PGA gagalkan cubaan seludup 13 ekor lembu di Pasir Mas

Iklan
Lori itu membawa 13 ekor lembu seberat lebih 8,450 kilogram tanpa sebarang dokumen sah. Foto PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 13 ekor lembu dari Thailand dalam satu operasi di Kampung Bakong, di sini, awal pagi Sabtu.

Komander PGA Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan pada 2.35 pagi itu, pihaknya menahan sebuah lori Isuzu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati lori itu membawa 13 ekor lembu seberat lebih 8,450 kilogram tanpa sebarang dokumen sah.

"Suspek seorang lelaki Melayu berusia 47 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk membawa lembu-lembu berkenaan ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Lori yang ditahan selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan. Foto PGA Briged Tenggara

Nik Ros Azhan berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM226,750 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Iklan

Nik Ros Azhan berkata, suspek serta barang rampasan telah diserahkan ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, PGA menegaskan pihaknya akan terus mempergiat usaha bagi mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara. - Bernama