Langkah strategik PMX demi Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membuat lawatan ke beberapa negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Belgium sebelum menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX) pada November 2022, beliau telah melakukan siri lawatan ke luar negara sama ada bersifat rasmi atau lawatan kerja sebagai langkah memajukan kepentingan Malaysia dalam bidang ekonomi, politik antarabangsa dan strategik.
Namun ada pihak yang mengkritik faedah serta kekerapan Perdana Menteri membuat lawatan ke luar negara. Adakah tuduhan itu mempunyai asas? Sebenarnya tuduhan sedemikian hanya mencerminkan ketidakfahaman tentang kedudukan Malaysia di peringkat global dan kepentingan kita sebagai sebuah negara.