Kemurkaan orang Melayu
Iklan
Orang Melayu marah kerana segelintir yang mengambil kesempatan terhadap sikap toleransi Melayu serta memperlekehkan agama mereka - Gambar hiasan
Penulis kerap ditanya oleh rakan bukan Melayu, mengapakah orang Melayu sering marah terhadap perkara-perkara yang dianggap remeh sehingga ada yang melancarkan boikot, protes dan sebagainya.
Secara umum, orang Melayu-Muslim adalah bangsa yang mengamalkan kesederhanaan, penuh kasih sayang dan sangat bertolak ansur. Disebabkan itu, walaupun Perlembagaan jelas menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, kita tetap dapat melihat kuil, gereja dan tokong di seluruh Malaysia.