Antara anjing baik dan jahat
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian 11 anjing liar serang wanita hingga maut
Luluh hati dan perasaan apabila melihat seorang warga emas diserang dengan ganas oleh 11 ekor anjing dalam kejadian di Terminal Bas Kunak dekat Kunak, Sabah pada Sabtu lalu.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, wanita itu cuba mengelak daripada diserang namun dia tidak berdaya dan akhirnya terkorban dalam kejadian tersebut.