Kebersihan pulau, kebajikan penduduk diutamakan
Iklan
Kesemua pulau yang terletak di perairan Johor dilindungi di bawah pengurusan Taman Laut Sultan Iskandar.
PENDUDUK di Pulau Besar, Mersing cukup bertuah kerana Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengambil berat kehidupan penduduk setempat dan sentiasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan.
Baginda juga sentiasa menitikberatkan kebersihan pulau, menjadikan keindahan perairannya sering menjadi tarikan pelancong asing sehingga ada yang menyamakan Pulau Rawa seperti Kepulauan Maldives.