Api dalam sekam KWSP
Iklan
Kerugian berlaku apabila KWSP membeli semula saham KWSP dengan harga yang jauh lebih rendah dalam tempoh singkat untuk meningkatkan semula pegangan mereka dalam MAHB. Gambar hiasan.
SELAIN daripada Lembaga Tabung Haji, badan berkanun paling ampuh di hati rakyat ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Konteks penubuhan KWSP melalui Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 telah menjadi mercu tanda ideal kerajaan dalam merancang kewangan rakyat dari lahir hingga ke liang lahad.