Perkenal konsep pengimbang DUN pertama di Malaysia
Iklan
Pengimbang digunakan di DUN Johor menggantikan gelaran pembangkang selepas dititahkan Sultan Ibrahim.
JOHOR menjadi negeri pertama menggunakan konsep pengimbang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hasil cetusan idea kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dua tahun lalu.
Gelaran pembangkang yang digunakan sebelum ini digantikan dengan konsep pengimbang bagi mewujudkan suasana lebih harmoni dalam kerjasama rentas parti di negeri itu.