Sedia fakta sebelum mengadap Tuanku
Iklan
Sultan Ibrahim
KEPERIBADIAN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meminati sejarah termasuk salasilah institusi Kesultanan Johor membuatkan Seri Paduka Baginda amat memahami sejarah negeri itu.
Menurut Ahli Penasihat, Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Kassim Thukiman, Sultan Ibrahim yang merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah amat mendalami serta menghayati Perlembagaan negeri itu.