Wanita guna resit palsu beli komputer riba bernilai RM1,499

Iklan
Seorang wanita didakwa menggunakan resit palsu untuk pembelian komputer riba di Jitra pada 23 Januari lepas.

JITRA - Seorang wanita dikesan menggunakan resit palsu ketika membeli sebuah komputer riba bernilai RM1,499 di sebuah kedai menjual komputer dan fotografi di daerah ini pada 23 Januari lepas.

Difahamkan, wanita berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu dipercayai melakukan urus niaga terbabit pada jam 8.45 malam pada hari kejadian di premis itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, hasil semakan pada resit transaksi yang diterima daripada pekerja kedai komputer berkenaan mendapati ia adalah palsu.

Wanita itu dipercayai bergegas keluar dari kedai selepas menunjukkan resit transaksi bayaran pembelian komputer riba.

Iklan

Susulan itu, pekerja premis terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kedai dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM1,499 akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Iklan

Beliau memaklumkan, setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.