64 dikhuatiri maut pesawat penumpang langgar helikopter tentera

Iklan
Unit tindak balas melakukan operasi mencari mangsa pesawat American Airlines yang terhempas di Sungai Potomac pada Khamis. Foto AFP

WASHINGTON - Sebuah pesawat penumpang yang membawa 64 orang dilaporkan terhempas di Sungai Potomac di Washington DC selepas bertembung dengan helikopter tentera yang sedang menjalani latihan.

Semasa kejadian, pesawat itu dalam perjalanan dari bandar Wichita di Kansas.

Iklan
Iklan

Amerika Airlines berkata, terdapat seramai 60 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu.

Seorang pegawai Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, helikopter yang terbabit dalam nahas adalah model Black Hawk yang membawa tiga askar dan status mereka tidak diketahui pada masa ini.

Iklan

Tambahnya, semasa kejadian mereka sedang menjalani latihan penerbangan.

Sementara itu, Polis Washington berkata 'tiada maklumat yang dapat mengesahkan mengenai kemalangan jiwa pada masa ini'.

Iklan

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran sedang dijalankan, dengan penyelam dilihat terjun ke dalam Sungai Potomac yang sejuk.

The Washington Post memetik sumber yang tidak dinamakan berkata polis telah mula menarik beberapa mayat dari Sungai Potomac yang diliputi salji.

Presiden AS, Donald Trump berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau telah diberi taklimat sepenuhnya mengenai nahas itu. - AFP