KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, serta Ahli Dewan Udangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang, yang menziarahi Chai di kediamannya.