'Saya suka pasukan tumpu pembangunan'
Iklan
Nidzam Jamil
"SAYA suka tentang projek, pasukan yang memikirkan tentang sesuatu projek yang ada jalan kerja untuk setahun dua tahun menumpukan kepada aspek pembangunan.”
Itu reaksi bekas pengendali gergasi Liga Super, Selangor FC, Nidzam Jamil yang menyatakan kesediaan untuk melakukan penampilan semula dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Iklan
Iklan
"Ini bukan sahaja mengenai pemain tetapi juga pelatih, saya sukakan projek-projek seperti itu, dan saya harap dapat kembali semula selepas ini, insya-ALLAH.
"Tetapi itu bergantung sama ada terdapat kelab yang mahukan kita, itu persoalannya. Tapi sekali lagi saya terbuka berbincang tapi untuk musim depan,” katanya ditemui pemberita selepas pelancaran Bola Mental karya bekas pemain kebangsaan, Rosli Hussein di Stadium UM Arena, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Iklan
Bekas pemain pertahanan negara itu sebelum ini banyak meluangkan masa bersama keluarga selain memberi tumpuan kepada perniagaannya selepas tidak lagi mengendalikan The Red Giants, Oktober lalu.
Ketika ditanya desas-desus mengenai Negeri Sembilan FC, bekas pengendali Felda United itu tidak mahu mengulas lanjut sebaliknya menghormati peranan dilakukan rakan sejawatnya bersama skuad Hoben Jang Hoben tersebut.
Iklan
"Saya tidak boleh nak komen apa-apa mengenai mana-mana kelab kerana saya hormat jurulatih yang sedang berada di sana.
"Mereka kini sedang berusaha gigih membawa pasukan ke arah yang lebih baik. Jawapan saya cuma tak ada apa-apa, sekadar bual-bual dengan beberapa kelab itu saja,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>