Banjir di Serian

Iklan

Pemandangan kawasan banjir di Serian yang dirakam oleh Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Sarawak, hari ini.

Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri itu melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

Iklan
Iklan

Daerah Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang di enam PPS dan Siburan dengan 135 mangsa di dua PPS, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Simunjan dengan 73 mangsa, Tatau (34 mangsa), Bintulu (109 mangsa) Kuching (145 mangsa) Miri (139 mangsa) dan Bau (17 mangsa). Foto Bernama