MOSCOW - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengarahkan stafnya supaya tidak memuat turun, memasang atau menggunakan chatbot kecerdasan buatan (AI) DeepSeek dari China, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut saluran penyiaran CNBC, Tentera Laut AS menghantar e-mel pada 24 Januari - empat hari selepas DeepSeek melancarkan versi pembantu baharu R1, menurut laporan pada Selasa.