Harga petrol naik dua sen, diesel kekal
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.08 seliter sementara diesel kekal pada harga RM2.14 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 28 Februari.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.08 dan RM2.14 seliter.