Hapus riba bergantung kemahuan kerajaan
Iklan
Soal mampu atau tidak Malaysia menghapuskan riba daripada sistem kewangan negara bergantung kepada kehendak kerajaan. (Foto kecil: Ahmed Razman)
SHAH ALAM - Soal mampu atau tidak Malaysia menghapuskan riba daripada sistem kewangan negara bergantung kepada kehendak kerajaan.
Pakar ekonomi daripada Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana setiap jenis pembiayaan termasuk perniagaan, perumahan, pinjaman peribadi dan kereta sudah ada alternatif yang tidak melibatkan riba dan boleh diperkasakan lagi.