Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas

Iklan
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran dari pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan. Foto Reuters

BUSAN - Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut pihak berkuasa bomba, penerbangan Air Busan yang menuju ke Hong Kong terbakar di bahagian ekor kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan, beberapa saat sebelum berlepas.

Iklan
Iklan

Menurut bomba, api kemudian merebak ke badan pesawat, tetapi semua 176 orang yang berada di dalam pesawat berjaya dibawa keluar dengan menggunakan gelongsor kecemasan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kebakaran tersebut. - Bernama

Iklan

Iklan