BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki 23 tahun itu ditahan di sini semalam hasil maklumat awam dan risikan berhubung kejadian di Bayan Lepas itu.