KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kemalangan membabitkan lapan mahasiswa Malaysia dari Universiti Al-Azhar ketika dalam perjalanan rehlah ke Port Said pada Sabtu.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) sedang membantu dan memantau perkembangan terkini lapan pelajar yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir pada 25 Januari lepas.

KPT menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan lima orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga pelajar ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

"KPT juga sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar Negeri (KLN),” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT meminta pelajar mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Iklan

Jabatan Pendidikan Tinggi mempunyai sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U. - Bernama

Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat:

Iklan

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),

26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha

Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt

No. Telefon: +00 202 2487 3858

E-mel: em.mesir@mohe.gov.my