Empat nyaris maut kereta terbakar

Iklan
Empat individu nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbakar dalam kejadian di Lebuhraya Timur Barat, Jeli pada Selasa. FOTO: JBPM

JELI - Empat individu nyaris maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar dalam kejadian di Lebuhraya Timur Barat di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, dua daripada mereka mengalami cedera ringan semasa cuba menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Pegawai Kanan II Muhammad Asraf Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 pagi.

"Seramai lima anggota dan seorang pegawai telah ke lokasi yang terletak kira-kira 50 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli.

Setiba di lokasi bomba mendapati sebuah kereta jenis Toyota Yaris telah terbakar sepenuhnya. FOTO: JBPM

Iklan

"Kami tiba di lokasi untuk kerja-kerja memadam pada jam 9.36 pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, setiba di lokasi bomba mendapati sebuah kereta jenis Toyota Yaris telah terbakar sepenuhnya.

Iklan

Ujarnya, dua mangsa yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Gerik, Perak menggunakan ambulans sebelum bomba tiba di lokasi.

Muhammad Asraf berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.42 pagi.