Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia

Iklan
Emilia Contessa menghembuskan nafas terakhirnya di usia 67 tahun pada Isnin - Foto: Awani

INDONESIA kehilangan penghibur tersohornya, Emilia Contessa yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin di usia 67 tahun.

Media Indonesia melaporkan Allahyarhamah menghidap penyakit kencing manis yang sudah lama ditanggungnya. Emilia atau nama sebenarnya, Nur Indah Citra Sukma Hati, memulakan karier seninya pada usia kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Penghijrahan dari Surabaya ke Jakarta sekitar 1970-an mengubah nasibnya dalam bidang seni sehingga menempa kemasyhuran.

Allahyarhamah juga pernah berhijrah ke Singapura dalam usaha meluaskan karier seninya dan menetap selama setahun di negara jiran itu.

Iklan

Kehebatan dan keunikan vokal dimiliki Allahyarhamah Emilia menyebabkan beliau pernah mendapat perhatian meluas media antarabangsa, termasuk majalah Asia Week (1975) yang pernah member0inya gelaran Singa Panggung Asia.

Dilahirkan pada 27 September 1957, Allahyarhamah Emilia pernah disenaraikan satu daripada lima artis popular dunia oleh New York Times

Iklan

Emilia juga pernah ditawarkan biasiswa untuk belajar vokal di Amerika Syarikat (AS), namun Allahyarhamah terpaksa menolak kerana terikat dengan kontrak nyanyian di sebuah kafe di Jakarta.

Biarpun terlepas peluang itu, Allahyarhamah bagaimanapun pernah melebarkan kerjaya seninya ke benua Eropah dan AS.

Antara lagu yang melonjakkan nama Emilia di persada seni ialah Angin November, Flamboyan, Biarlah Sendiri, Bunga Mawar, Melati, Rindu, Bunga Anggerek, Penasaran, Kehancuran, Layu Sebelum Berkembang dan Angin Malam.

Allahyarhamah Emilia juga pernah merakamkan lagu Dari Jauh bersama penyanyi Malaysia yang juga peserta Gegar Vaganza, Liza Aziz pada sekitar 1990-an. - Awani