KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini namun pergerakan kenderaan perlahan ke arah Pantai Timur akibat berlakunya kemalangan.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat jam 10.15 pagi ini, kenderaan bergerak perlahan di Genting Sempah ke Bukit Tinggi iaitu di Kilometer (KM) 43.4 dan Bentong ke Karak (KM 61.4) akibat berlaku kemalangan yang menyebabkan lorong kanan terhalang.