[VIDEO] Jenazah pasangan suami isteri maut di Thailand selamat dikebumikan
Iklan
KULIM - Pasangan suami isteri yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki GTR1400 yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada awal pagi Selasa.
Jenazah Mohd Sofi Ismail,43, dan isteri, Zaimima Ismail,43, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul 'Ulum Merbau Pulas, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi.
Iklan
Iklan
Jenazah Mohd Sofi dan isterinya dibawa keluar dari Thailand pada jam 1.10 pagi ke kediaman arwah Zaimima di Kampung Baru Jemerli, di sini, sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 4.30 pagi.
Anak mangsa, Mohd Danial Ikmal (kiri) dan Mohd Danial Irfan (kanan) menyiram air di pusara ibu bapa mereka di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul 'Ulum Merbau Pulas, di sini.
Proses persemadian jenazah terbabit berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan sahabat pasangan terbabit yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mereka.
Iklan
Pada Isnin lepas, media melaporkan sepasang suami isteri dilaporkan maut dalam kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin.
Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit meninggal dunia di lokasi pada jam 9 pagi waktu tempatan.
Iklan
Perkhabaran kemalangan maut itu dikongsikan oleh Muhammad Arashid Ramli, 39, yang merupakan rakan Allahyarham.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>