SHAH ALAM - Semangat rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air mereka masih kuat dan mustahil untuk dipindahkan keluar.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sehubungan itu berpendapat, cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin di Gaza ke negara jiran tidak akan berhasil dan hanyalah kata-kata kosong.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, ketika ini pun apabila sempadan dan laluan dibuka, rejim Israel tidak berjaya menghalang penduduk Gaza untuk kembali ke rumah masing-masing di sebelah utara.
"Kenyataan itu menunjukkan kononnya mereka masih mempunyai pengaruh tetapi terbukti apa yang berlaku di bumi Palestin ketika ini bahawa sepanjang 15 bulan berada dalam peperangan, mereka gagal mengeluarkan penduduk Palestin di bumi Gaza.
"Jadi, mustahil untuk mereka mahu memaksa rakyat Palestin keluar dan duduk di negara lain. Idea Trump itu hanya kata-kata kosong yang tidak akan jadi kenyataan,” ujarnya.