Beban penjaga pesakit mental
Iklan
Pesakit mental tahap teruk, jika makan ubat dan hadir sesi psikoterapi, mampu mengharungi hidup secara normal. Gambar hiasan
APABILA ada kes pesakit mental yang memudaratkan orang lain, kadang-kadang penjaga pesakit mental dipersalahkan."Kenapa biarkan dia keluar rumah?”"Kenapa tak bawa jumpa doktor?” Pada hal kebanyakan pesakit mental hidup normal, berprestasi di tempat kerja, bahagia berkeluarga dan tidak memudaratkan orang lain.
Kebanyakan pesakit mental adalah tahap ringan dan sederhana. Malah pesakit mental tahap teruk, jika makan ubat dan hadir sesi psikoterapi, mampu mengharungi hidup secara normal.