DIPN dan Sang Kelembai
Iklan
DASAR Industri Pertahanan Negara (DIPN) merupakan satu pelan yang mula diperkatakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sejak tahun 2019 lagi. Gambar hiasan
DASAR Industri Pertahanan Negara (DIPN) merupakan satu pelan yang mula diperkatakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sejak tahun 2019 lagi. Ia merupakan antara empat perancangan utama yang telah diluluskan Parlimen pada bulan Disember tahun tersebut.
Sejak DIPN mula diperkatakan di kalangan kepimpinan Kementerian Pertahanan, ia dilihat sebagai sesuatu amat kritikal bagi memenuhi sasaran Kertas Putih Pertahanan (KPP) negara yang mahukan industri dalam negara mampu menghasilkan sebahagian besar peralatan dan kelengkapan berkaitan pertahanan dan tidak terlampau bergantung kepada sistem diimport dari luar.