MBSJ rangkul tujuh anugerah MIPPEA 2024

Iklan
MBSJ rangkul tujuh anugerah MIPPEA 2204.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berjaya merangkul tujuh anugerah dalam Malaysian Institute of Planners (MIP) Planning Excellence Awards (MIPPEA) 2024.

MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima dua anugerah emas bagi projek The Roundabout@Putra Heights dan Smart C-Box.

Iklan
Iklan

"MBSJ turut meraih dua anugerah perak bagi projek The Glades Development in Putra Heights bersama Sime Darby Properties serta Modul Pembangunan Komuniti Berdaya Pangsapuri dan Kampung Angkat MBSJ.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (depan, tengah) hadir menyempurnakan majlis penyampaian anugerah MIPPEA 2024 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

"Selain itu, dua lagi anugerah gangsa untuk projek Sistem Pemantauan Aras Air serta Sunway GEOLake Residences in Bandar Sunway by Subang Jaya City Council and Sunway Properties.

Iklan

"Bukan itu sahaja, MBSJ turut mendapat pengiktirafan dengan menerima anugerah khas bagi projek I-Data dalam kategori Anugerah Bandar Pintar," katanya pada Isnin.

Mengulas lanjut, pihak berkuasa tempatan itu berkata, projek yang dilaksanakan itu merupakan usaha kolaboratif MBSJ dalam memperkasa dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam kesejateraan komuniti serya kelestarian persekitaran.

MBSJ menerima anugerah emas bagi projek Smart C-Box.

Iklan

Tambahnya, menerusi pengiktirafan berkenaan, pihaknya akan sentiasa memastikan kelestarian Subang Jaya berada pada tahap yang cemerlang selaras dengan Pelan Strategik MBSJ 2020 – 2025 di bawah Teras Pembangunan Mampan.

"Majlis ini telah dianjurkan oleh MIP bertujuan untuk mengiktiraf usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai agensi terutamanya PBT dalam mendepani cabaran pembangunan bandar raya.

"Ia juga memberi penghormatan kepada inisiatif serta projek yang telah menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam perancangan, reka bentuk serta pembangunan.

MBSJ menerima anugerah emas bagi projek The Roundabout@Putra Heights.

"Termasuk juga usaha membaik pulih serta rejuvenasi yang telah membawa impak positif kepada seluruh komuniti dengan penglibatan pelbagai peringkat," ujarnya.