Madelena dilantik Penolong Gabenor BNM
Iklan
Madelena Mohamed
BANK Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Madelena Mohamed sebagai Penolong Gabenor, berkuat kuasa 1 Februari ini.
BNM dalam satu kenyataan berkata, Madelena akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu Strategi dan Kelestarian yang merangkumi Pejabat Gabenor, Jabatan Undang-undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.
Iklan
Iklan
"Beliau telah memulakan kerjaya di BNM pada tahun 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi.
"Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai pengarah di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden dan terbaharu di Unit Kelestarian,” katanya pada Isnin.
Iklan
Iklan
Menurut BNM, beliau merupakan pemegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA) selain turut memilik ijazah dalam bidang Ekonomi dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and Political Science.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>