KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita warga Indonesia dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan sebuah kedai barangan sukan, Jumaat lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin turut mengarahkan Wan Muhammad Haziq Danial Wan Ali, 24, dihukum penjara enam bulan jika gagal membayar denda.