Lelaki jadi hero, sambut budak dua tahun jatuh tingkat tiga flat

Iklan
Tindakan pantas seorang pemuda berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun selepas terjatuh dari aras tiga bangunan flat 13 tingkat. Foto ihsan Siraj di X @sirajnoorani.

THANE - Tindakan pantas seorang pemuda berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun selepas terjatuh dari aras tiga bangunan flat 13 tingkat.

Kejadian yang berlaku di wilayah Maharashtra, India kira-kira minggu lalu tular di media sosial dan menuai pelbagai reaksi warga maya sehingga ke hari ini.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, tindakan pemuda bernama Bhavesh Mhatre yang kebetulan melalui kawasan berkenaan turut dipuji dan digelar wira sebenar kerana tidak berfikir panjang untuk menyambut kanak-kanak tersebut daripada terjatuh.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat yang dimuat naik wartawan, Siraj Noorani di X, Bhavesh dilihat berlari untuk menangkap kanak-kanak terbabit.

Iklan

Meskipun gagal menangkap sepenuhnya, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan impak yang kuat sebelum tersembam jatuh ke tanah.

Menurut saksi, kanak-kanak berkenaan terjatuh ketika bermain di balkoni flat tingkat tiga.

Iklan

"Dia tergelincir, tergantung tidak tentu arah untuk beberapa saat di pinggir balkoni dan kemudiannya terjatuh," ujar saksi ringkas.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan ia disahkan sendiri oleh polis tempatan.