Memahami di sebalik keputusan OPR
Iklan
Sekiranya OPR tidak dinaikkan sudah pasti kadar inflasi akan terus meningkat dan tingkat harga juga akan terus memecut - Foto Bernama
Pada 22 Januari yang lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari atau MPC Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada paras 3 peratus.
Keputusan ini seiring dengan jangkaan para penganalisis ekonomi yang mana rata-rata menjangkakan OPR tidak berubah.