Nyawa seorang pekerja
Iklan
Polisi yang adil dan struktur organisasi dengan visi dan misi yang jelas membolehkan pekerja fokus pada tugasan mereka. - Gambar hiasan
Meski berada di tiga benua berbeza, India, Mexico dan Turki adalah negara membangun yang punya satu keistimewaan yang sama. Ketiga-tiga negara ini adalah negara yang mencatat tahap kepuasan bekerja melebihi 80 peratus. Ia jauh lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 57 peratus.
Di India misalnya, 89 daripada setiap 100 orang pekerjanya berpuas hati atau sangat puas hati dengan kerja mereka. Malah, hanya 3 peratus pekerja di sana tak puas hati dengan kerja. 85 peratus pekerja di Mexico juga ada tahap kepuasan bekerja yang sama, diikuti Turki dengan purata 80 peratus.