Usaha hapuskan riba dalam sistem kewangan
Iklan
Hussain Mohi-ud-Din Qadri ketika menyampaikan ucaptamanya di Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Dunia ke-8 (WIEFC) di Universiti Minhaj Lahore pada 25 Januari 2025. Gambar kecil: Dr Kamarul Zaman
Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Dunia ke-8 (WIEFC) yang diadakan di Universiti Minhaj Lahore dari 25 hingga 26 Januari lalu merupakan satu mercu tanda penting dalam wacana global mengenai kewangan Islam.
Dihadiri oleh lebih daripada 2,000 peserta, persidangan ini menggabungkan delegasi dan pakar terkenal dari institusi terkemuka dari seluruh dunia termasuk dari Australia, Bahrain, Brunei, Mesir, Perancis, Iran, Libya, Malaysia, New Zealand, Nigeria, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, United Kingdom dan Amerika Syarikat.