Rancang perbelanjaan kelengkapan sekolah dengan teratur
Iklan
SHAH ALAM - Beberapa langkah perancangan perbelanjaan kelengkapan sekolah boleh dilakukan termasuk mencari kedai dengan harga murah dan berpatutan.
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, selain itu, ketua keluarga perlu membeli barangan yang perlu sahaja dan menyediakan senarai semak keperluan sekolah yang ingin dibeli bagi mengelakkan pembaziran.