Harga kelengkapan sekolah tertentu naik harga
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Ahad
SHAH ALAM - Terdapat kelengkapan persekolahan tertentu yang mengalami kenaikan harga sebanyak tiga hingga lima peratus hasil tinjauan di pusat beli-belah dan kedai di sekitar Lembah Klang.
Beberapa pengusaha atau penjual barangan mengakui kelengkapan seperti kasut sekolah, pakaian kokurikulum dan kelengkapan sekolah berjenama mengalami kenaikan harga susulan penetapan harga baharu daripada pembekal.