Hutang wajib bayar balik
Iklan
Di Melaka sahaja ada lebih 1,900 belia berhutang sebanyak RM138 juta. Gambar hiasan 123RF
PADA 23 Januari, seorang pemimpin muda DAP, Cassel Krishnan dilaporkan menggesa supaya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) diberikan kuasa lebih besar bagi menangani masalah keberhutangan belia.
Beliau membuat gesaan tersebut berikutan berita melaporkan di Melaka sahaja ada lebih 1,900 belia berhutang sebanyak RM138 juta. Itu bermakna purata 72,631.57 setiap seorang atau bersamaan kira-kira 22 bulan gaji purata negara kita.