Covid-19: Pekerja terjejas diminta buat aduan

Iklan
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar menjawab soalan para peserta pada Program Town Hall Kementerian Sumber Manusia hari ini. - -fotoBERNAMA

KUANTAN - Pekerja yang terjejas akibat Covid-19 diminta membuat aduan kepada pihak berkaitan bagi membolehkan tindakan diambil untuk membantu mereka.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, bantuan itu tidak terhad kepada mereka yang terbabit dalam sektor pelancongan sahaja tetapi turut diberikan kepada mana-mana pekerja daripada sektor lain yang terjejas akibat virus itu.

Iklan
Iklan

"Yang penting mereka yang terjejas perlu membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Jabatan Perhubungan Perusahaan jika ia berkaitan pelanggaran perjanjian dan sebagainya atau mereka akan diberhentikan akibat Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus bersama kementeriannya di sini hari ini.

Mahfuz juga berharap jika terdapat keperluan untuk majikan memberhentikan pekerja kerana Covid-19, mereka disaran untuk berbuat demikian kepada pekerja asing terlebih dahulu.

Iklan

Mengenai keutamaan pekerja warga tempatan yang banyak disuarakan peserta pada sesi libat urus itu, Mahfuz berkata, ketika ini jumlah pekerja asing di Malaysia yang berdaftar adalah 1.9 juta orang dan tidak melebihi 15 peratus jumlah guna tenaga negara.

"Bagaimanapun, kita berharap semua pihak harus beri keutamaan kepada pekerja tempatan untuk menyertai sektor pekerjaan termasuk dalam industri 3D (kotor, bahaya dan sukar)," katanya.- Bernama

Iklan