Riadah bersama keluarga

Iklan
WARGA kota mengambil peluang beriadah bersama keluarga sempena cuti persekolahan dan cuti hujung minggu dengan mengunjungi Pusat Sains Negara, Bukit Damansara hari ini.

Pelbagai bahan pameran dan aktiviti yang disediakan Pusat Sains Negara adalah untuk setiap lapisan umur dan latar belakang masyarakat.

Tinjauan mendapati cuti sekolah menjadi faktor ibu bapa mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan berkunjung ke tempat itu.