12 warga Bangladesh menyamar pelatih Akademi Perikanan dicekup

Iklan
Pegawai imigresen memeriksa warga Bangladesh yang ditahan selepas didapati menyamar sebagai pelatih Akademi Perikanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.

SEPANG - Taktik sekumpulan warga Bangladesh menyamar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia terbongkar selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia KLIA, Ibrahim Mohd Yusof berkata, seramai 12 lelaki berkenaan sebelum itu dilihat berpakaian seragam.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati, kesemua individu terbabit mendakwa kedatangan mereka ke negara ini untuk tujuan lawatan sambil belajar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia.

"Mereka turut mengemukakan surat jemputan daripada sebuah syarikat yang beralamat di Kuching, Sarawak," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, bagaimanapun tindakan mencurigakan kesemua individu berkenaan kemudian dirujuk ke Pejabat Operasi Imigresen untuk semakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati, surat kemudahan yang dibawa bersama kumpulan tersebut telah disahkan tidak wujud.

Iklan

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Akta Imigresen Seksyen 28(3)(b) iaitu mengemukakan dokumen yang diminta yang disyaki palsu.

"Imigresen KLIA akan terus melaksanakan pemantauan berterusan dalam memastikan semua individu yang memasuki negara mematuhi keperluan dan piawaian yang telah digariskan," katanya.