Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan

Iklan
Pasukan pejuang Palestin, Hamas telah merekrut antara 10,000 dan 15,000 anggota sejak bermulanya perang dengan Israel. Foto fail AP

PASUKAN pejuang Palestin, Hamas telah merekrut antara 10,000 dan 15,000 anggota sejak bermulanya perang dengan Israel, menurut Reuters.

Agensi berita itu melaporkan demikian memetik dua sumber kongres yang telah dimaklumkan oleh perisikan Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Sumber itu memberitahu Reuters, risikan menunjukkan bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

Walaupun kumpulan itu telah merekrut anggota baharu, ramai di antara mereka masih muda dan tidak terlatih serta digunakan untuk tugas-tugas keselamatan yang lebih ringkas.

Iklan
Iklan

Data ini mengesahkan kenyataan pentadbiran Joe Biden sebelum ini yang menyatakan mereka percaya Hamas telah merekrut anggota hampir menyamai bilangan pejuang yang telah terkorban. - Awani/Agensi