Ayah, anak maut kereta bertembung lori

Iklan
Seorang ayah dah anak perempuannya maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang pada Sabtu. Foto JBPM

GUA MUSANG - Seorang ayah dah anak perempuannya maut selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian jam kira-kira 4 pagi itu, lelaki yang berusia 46 tahun maut di lokasi akibat tersepit di bahagian pemandu.

Iklan
Iklan

Anaknya berumur 15 tahun pula maut dipercayai tercampak sejauh enam meter ke dalam gaung.

Dalam kejadian jam kira-kira 4 pagi itu, lelaki yang berusia 46 tahun maut di lokasi dikatakan akibat tersepit di bahagian pemandu. Foto JBPM

Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Razani Mamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Perodua Alza yang dipandu mangsa dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dipercayai bertembung dengan sebuah lori 10 tan dari arah bertentangan.

Iklan

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 pagi dan operasi tamat jam 5.45 pagi.

"Semasa operasi menyelamat lelaki terbabit tersepit di bahagian pemandu dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kereta Perodua Alza yang dipandu mangsa dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dipercayai bertembung dengan sebuah lori 10 tan dari arah bertentangan. Foto JBPM

Iklan

Menurut beliau, anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa namun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ujarnya, kedua-dua jenazah telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Jenazah ayah dan anak telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Foto JBPM

Mohd Razani memberitahu, operasi menyelamat terbabit melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.