Warga emas kena gelak sebab terbeli periuk nasi mini

Iklan
Hidayah hanya mampu ketawa melihat barang yang diterima bapanya. Gambar kanan: Seorang warga emas terkejut dan tidak menyangka apabila menerima periuk nasi yang dibeli secara atas talian bersaiz mini.

SHAH ALAM - Seorang warga emas terkejut dan tidak menyangka apabila menerima periuk nasi yang dibeli secara atas talian bersaiz mini iaitu lebih kecil daripada tapak tangan.

Anak perempuannya, Hidayah Yunos, 33, berkata, dia hanya mampu ketawa melihat gelagat lucu bapanya apabila membuka bungkusan parcel yang diperolehnya.

Iklan
Iklan

"Ayah saya, Yunos Demin, berusia 70 tahun bercerita, kisahnya bermula apabila dia ternampak iklan periuk nasi murah.

Perkongsian video di aplikasi TikTok menarik perhatian ramai sehingga mendapat 6 juta tontonan.

Iklan

Ramai yang berkongsi pengalaman turut terkena dan terpedaya dengan saiz periuk berkenaan.

Apa yang lebih menghangatkan apabila kelihatan juga si isteri yang duduk di kerusi roda dengan memakai telekung turut ketawa melihat suaminya memegang periuk nasi mini berkenaan.

Iklan
Nenek hidayah turut terhibur melihat barang yang diperoleh suaminya.

Ujar Hidayah lagi, bapanya mempelajari cara membeli atas talian itu mungkin dengan rakan-rakannya.

"Kami sudah nasihat supaya jangan main TikTok, tapi itulah terkena juga.

"Buat anda yang ada ibu bapa yang suka membeli atas talian seperti ini, tolong semaklah dahulu betul-betul sebelum membuat pembayaran ya," katanya.