Memperkasa politik orang muda
Iklan
Orang muda perlu diberi peluang sama rata untuk menyumbang dalam arena politik. Gambar hiasan 123RF
PERANAN anak muda dalam politik merupakan salah satu aspek penting dalam sistem demokrasi yang dinamik.
Golongan ini membawa inovasi, tenaga, dan perspektif segar yang diperlukan untuk menghadapi cabaran semasa. Sarjana politik seperti John Stuart Mill misalnya menekankan keterlibatan politik orang muda penting kerana mereka membawa idea progresif yang dapat memacu pembangunan masyarakat secara berkesan.